Kementerian Belia & Sukan Anjur Program Sukan Malam | ||
Putrajaya, 9 Januari, 2007 Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melancarkan program Sukan Malam bagi menangani masalah mat rempit di kalangan remaja. Menteri KBS, YB Datuk Azalina Othman Said berkata, program tersebut diyakini dapat mengatasi masalah penagihan dadah dan penglibatan belia di kelab-kelab malam. Sebagai permulaan, program Sukan Bermotor Malam akan berlangsung pada 20 dan 21 Januari depan di Litar Go Kart, Batu Tiga, Shah Alam. Menurut beliau, program tersebut berupaya menggerakkan pembangunan modal insan di kalangan belia selain memastikan mereka tidak terpinggir dalam arus pembangunan sukan. Bayaran yang paling minima akan dikenakan kepada para peserta bagi memastikan kesungguhan mereka menyertai program tersebut, katanya. YB Datuk Azalina menjelaskan program Sukan Malam diwujudkan bagi memberi peluang kepada golongan muda mengisi masa lapang dengan bersukan pada waktu malam. Kajian terkini Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) mendapati para belia amat berminat dan optimis terhadap sukan tetapi tiada kemudahan disediakan untuk mereka. Kesuntukan masa pada waktu siang menyebabkan para belia tidak mempunyai ruang yang cukup untuk bersukan. Justeru, program seumpama ini dapat membantu mereka beriadah. “Kita mensasarkan bandar-bandar besar seperti Shah Alam, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bharu sebagai lokasi strategik untuk program Sukan Malam,” katanya. “Program tersebut merangkumi program sukan bermotor seperti motosikal, kereta dan go-kart sementara bagi program sukan konvensional termasuk bola jarring, futsal dan 3 x 3 bola keranjang. Sukan X-games pula termasuk roller blade, roller skate dan basikal lasak BMX,” tambah beliau. Mengulas mengenai program sukan bermotor malam, beliau berkata pertandingan motosikal berkapasiti bawah 125 cc secara terbuka akan dianjurkan. YB Azalina menjelaskan format pertandingan berpandukan undang-undang dan hanya 50 motosikal dibenarkan bertanding pada satu-satu masa. “Beberapa aktiviti sampingan berkaitan permotoran akan turut diselitkan bagi menimbulkan kesedaran kepada peserta supaya mengutamakan keselamatan,” ujar YB Datuk Azalina di Putrajaya.
|
Comments
:: BANTUAN KEEWANGAN / MODAL PERNIAGAAN ::
RM50 juta bantuan pinjaman belia niaga | ![]() | ![]() | ![]() |
SATURDAY, 31 MAY 2008 | |
JERANTUT 29 Mei - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukkan sebanyak RM50 juta pada tahun ini menerusi Tabung Pinjaman Ekonomi Belia untuk meningkatkan penyertaan belia dalam bidang perniagaan di seluruh negara. Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan, Mohd. Azizan Che Omar berkata, bagi menjayakan matlamat tersebut, kerajaan telah memudahkan prosedur dengan mengurangkan kerenah birokrasi yang selama ini dilihat menjadi halangan kepada belia. Melalui pinjaman tersebut, katanya, belia tidak perlu menyediakan penjamin bagi pinjaman RM15,000 ke bawah sebaliknya mereka hanya perlu mengemukakan permohonan dengan surat sokongan dan pendaftaran perniagaan. ''Bagi pinjaman RM15,000 hingga RM50,000 pula, mereka hanya perlu mengemukakan seorang penjamin yang berpendapatan RM800 sebulan," katanya ketika menutup Program Ekspedisi Kuala Tahan anjuran Gerakan Belia 4B Indera Mahkota di Kuala Tahan dekat sini kelmarin. Mohd. Azizan memberitahu, peminjam tidak perlu lagi menjalani ujian minda atau prosedur lain tetapi hanya perlu menjalani kursus singkat perniagaan anjuran kementerian terbabit. Katanya, pinjaman mudah yang disediakan kementerian itu bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan selain melahirkan belia berkemahiran serta berkualiti bagi memenuhi pasaran pekerjaan di seluruh negara. Sehingga kini, menurut Mohd. Azizan, sebanyak RM10.5 juta pinjaman diluluskan kepada belia yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan. Sehubungan itu, beliau menggesa belia lepasan sekolah yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran dan menganggur supaya memohon pinjaman itu bagi memajukan diri dalam perniagaan. ''Peluang keemasan yang disediakan kerajaan itu tidak seharusnya dipersia-siakan kerana kementerian mempunyai perancangan untuk membantu mereka menjadi usahawan yang berjaya dan mendapatkan pendapatan lumayan," katanya. Mohd. Azizan yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bera berkata, pinjaman itu terbuka kepada semua golongan tanpa mengira kaum. |
:: KOMEN DAN PENDAPAT ANDA ::
KERJAYA@ BELIA
XTVT SETEMPAT
:: MASA ITU EMAS

Labels
- CHATT BOX (2)
- FREE MUSIC PLAYER (1)
- ISU SEMASA (1)
- keratan akhbar (1)
- keratan akhbar 1 (1)
- MASALAH BELIA (1)
- MP3 PLAYER (1)
- MP3 SONG (1)
- youthsays.com (1)
:: VISITOR ::
:: FOLLOWER ::
ONLINE NEWS
LINK PENDIDIKKAN
- University of Technical Malaysia Melaka (UTeM).
- University of Malaysia Terengganu (UMT).
- University of Malaysia Pahang (UMP).
- University of Malaya (UM).
- University of Malasia Perlis (UniMAP).
- Universiti Utara Malaysia (UUM).
- Universiti Teknologi MARA (UiTM).
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
- Universiti Putra Malaysia (UPM).
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
- Universiti Malaysia Sabah (UMS).
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
- Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) .
- Tun Hussein Onn University of Malaysia (UTHM) .
- Science University of Malaysia (USM).
- National University of Malaysia (UKM).
- Islamic Science University of Malaysia (USIM).
- International Islamic University Malaysia (IIUM).
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
- :: KEM.PENG.TINGGI MALAYSIA
LINK POLITEKNIK
- POLITEKNIK MUKAH
- POLIMUADZAM - PAHANG
- POLIPERLIS
- POLI SULTAN IDRIS SHAH
- POLI KULIM - KEDAH
- POLI SULTAN AZLAN SHAH - PERAK
- POLI MERLIMAU - MELAKA
- POLI. SULTAN MIZAN ( TERENGGANU )
- POLI KOTA - K.TERENGGANU
- POLI. KOTA MELAKA
- POLI. SEBERANG PERAI
- POLITEKNIK JOHOR BHARU
- POLI.SHAH ALAM
- POLITEKNIK KOTA KINABALU
- POLITEKNIK PORT DICKSON
- POLITEKNIK KUCHING, SARAWAK
- POLITEKNIK KOTA BHARU
- POLIMAS KEDAH
- POLITEKNIK SHAS ( PAHANG )
- POLITEKNIK UNGKU OMAR ( PERAK )
LINK KEMENTERIAN DI MALAYSIA
- JABATAN PERDANA MENTERI
- BADAN PENCEGAH RASUAH ( BPR )
- KEM WILAYAH PERSEKUTUAN
- KEM TENAGA AIR DAN KOMUNIKASI
- KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
- KEM SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
- KEM SAINS DAN TEKNOLOGI
- KEMENTERIAN PERLADANGAN
- KEMENTERIAN PERUMAHAN
- JABATAN HAIWAN
- JABATAN PERIKANAN
- JABATAN PERTANIAN
- KEM.PERTANIAN DAN IND ASA TANI
- RISDA
- PERDA
- KETENGAH
- KESEDAR
- KEMAS
- KEJORA
- KEDA
- INFRA
- FELCRA
- KEMENTERIAN PERLANCONGAN
- SURUHANJAYA SEKURITI
- LEMBAGA HASIL - LHDN
- BNM - BANK NEGARA
- KEMENTERIAN KEEWANGAN
- KEMENTERIAN KESIHATAN
- ARKIB NEGARA
- KEKWA
- AADK -ANTI DADAH
- CIDB
- JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN
- JAB. PENDAFTARAN NEGARA
- KEM.BELIA DAN SUKAN
- JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
- BIRO TATANEGARA ( BTN )
- BIRO PENGADUAN AWAM
- BIRO BANTUAN GUAMAN