P'raya Bkt Gantang, Bukit Selambau mungkin serentak |
Feb 12, 09 12:47pm |
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan tarikh pilihanraya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah diadakan serentak.![]() Katanya mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, pilihanraya kecil hanya boleh diadakan jika SPR dapat memastikan bahawa adanya kekosongan pada satu-satu kerusi Parlimen atau DUN berkenaan, lapor Bernama. "Bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang... kalau (penyandang) meninggal dunia, sudah tentu ada kekosongan. Kerusi Bukit Selambau pula, kita akan dapatkan maklumat dan dokumen sebelum memutuskan tindakan selanjutnya. "Kalau kita dapat pastikan ada kekosongan kerusi DUN Bukit Selambau, kita akan adakan pilihanraya kecil. Kemungkinan lain (kalau tiada kekosongan), Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) sedia ada kekal," katanya. Abdul Aziz berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada petugas-petugas pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu malam tadi. Kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang berlaku ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS akibat diserang sakit jantung pada Isnin. Pada hari yang sama, V. Arumugam daripada PKR meletak jawatan sebagai Adun Bukit Selambau. Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata SPR tidak boleh bulat-bulat menerima apa yang dinyatakan oleh Speaker DUN bahawa berlakunya kekosongan pada kerusi DUN Bukit Selambau. "Kita kena lihat semua aspek dan tidak membuat keputusan disebabkan dorongan pihak-pihak tertentu atau sebab kita menyokong pihak tertentu... tidak sama sekali. "SPR menjalankan tugas dengan profesional, berdasarkan kepada undang-undang serta dokumen-dokumen yang diserahkan kepada kita. Setakat ini, pegawai-pegawai saya sedang siapkan dokumen berkenaan," katanya. PETIKAN DIAMBIL DARI MALAYSIAKINI.COM |
PENGUNDI MUDA YANG MASIH BELUM BERDAFTAR
Petikan dari Utusan Malaysia 21 April 2007:
80% Melayu tak daftar -- Malas dan terlalu sibuk antara alasan mereka - SPR
Oleh: ZULKIFLI JALIL dan SAIFULIZAM MOHAMAD
KUALA LUMPUR 21 April - Sebanyak 80 peratus daripada 4.9 juta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi adalah orang Melayu.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, berbanding orang Melayu, kaum lain mempunyai kesedaran yang cukup tinggi untuk menjadi pengundi sebaik sahaja mencapai usia 21 tahun.
Menurutnya, antara alasan mereka enggan berbuat demikian kerana tidak berminat dengan urusan politik negara, malas, terlalu sibuk dan tidak tahu di mana tempat pendaftaran boleh dibuat.
"Kita perlu mengambil bahagian dalam urusan politik negara, tidak semestinya menjadi ahli parti.
"Daftarlah sebagai pengundi kerana undi itulah yang akan menentukan golongan mana yang mentadbir negara dan kalau tersalah pilih, kita yang akan merana," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.
Sebelum ini, beliau mendedahkan seramai 4.9 juta rakyat Malaysia akan menghadapi risiko tidak boleh mengundi pada pilihan raya umum ke-12 akan datang jika mereka tidak mendaftar selewat-lewatnya Ogos ini.
Ab. Rashid berkata, pelbagai cara dan promosi telah diusahakan oleh SPR.
"Yang peliknya mereka tidak tahu di mana hendak mendaftar tetapi tahu pula lokasi persembahan artis-artis, malah ada yang sanggup tunggu berjam-jam," katanya.
Beliau bagaimanapun memuji tanggungjawab serta komitmen golongan muda kaum Cina yang akan mendaftar sebagai pemilih selepas mencapai umur yang dibenarkan.
Ab. Rashid mengakui kesedaran tentang hak mengundi di negara ini masih rendah berbanding masyarakat Barat.
"Jika kita membaca akhbar setiap hari, laporan muka depan itu biasanya adalah urusan politik.
"Mustahil mereka ini tidak membaca akhbar langsung sebab bila kita baca akhbar, tentulah kita akan berasa terpanggil untuk memberi buah fikiran," katanya.
Beliau menggelarkan mereka yang masih berdegil ini sebagai golongan tidak kisah dan hanya tahu duduk dalam 'kepompongnya' sendiri.
.........................................
Berdasarkan artikal diatas, ianya satu tamparan buat kita. Adakah sbb hiburan kita alpa utk mendaftar sebagai pengundi yg mana merupakan sebuah nadi dlm mencorakkan kemajuan negara? Tak salah utk berhibur tetapi dlm masa yg sama, kita perlu mengambil tahu hal2 lain terutamanya bab politik dan isu semasa. Kalau tak, relevanlah perumpamaan yg mengatakan kalau Malaysia kene bom pun tak tahu.
Alasan yg mengatakan tidak berminat utk masuk dan politik adalah alasan yg crap semata2. FIKIRKANLAH, takkan nak corakkan masa depan negara pun tak berminat. Mengundi bukannya elemen dalam politik tetapi lebih kepada Nasionalisme dan patriotisme sebagai anak Malaysia. Politik berlaku jika kita masuk dan join parti2 yg bertanding dlm pilihanraya. SPR tak kata suruh masuk UMNO atau PAS tetapi suruh mendaftar sebagai pengundi sahaja. Mengundi adalah hak kita sebagai anak Malaysia. Kita yg berhak memilih pemimpin utk terus memajukan negara. Kita jugalah yg patut bangga jika pemimpin yg kita pilih berjaya menjalankan tugasnya dgn baik dan kita juga perlu bertanggungjawab sekiranya pemimpin yg kita pilih hanya sekadar memegang jawatan dan nama sahaja.
NASIHAT KAMI DARI INFO BELIA,
kepada BELIA yg berumur 21 tahun ke atas dan belum mendaftar sebagai pengundi berdaftar, sila berbuat demikian. Banyak cara boleh dilakukan tetapi yg paling mudah ialah di pejabat pos. Berdaftarlah dgn kadar segera kerana pilihanraya umum yg akan datang akan muncul bila2 masa sahaja. Jgn take for granted isu ini. Kalau kita boleh concern psl benda lain, apa salahnya kita concern kepada benda yg melibatkan maruah kita. Jalankan tanggungjawab anda sebagai rakyat MALAYSIA!
Sokongan Pengundi Muda Antara Faktor Kemenangan PAS Di Kelantan klik untuk lihat |
Pastikan pengundi muda terus sokong BN - Hishamuddinklik untuk lihat |
IKBN ambil 4,000 lepasan SPM | ![]() | ![]() | ![]() |
TUESDAY, 27 MARCH 2007 | |
Oleh Noor Azlina Zainudin EMPAT ribu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diambil untuk mengikuti pengajian di 14 Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) seluruh negara bagi sesi kemasukan Julai depan. “Justeru, mereka berminat dan memenuhi syarat boleh mendapatkan borang dan buku panduan secara percuma di Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, IKBN, Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau Pejabat Belia dan Sukan Daerah. Tarikh tutup permohonan 22 April.
|
Dua faktor gejala sosial meningkat | ![]() | ![]() | ![]() |
FRIDAY, 14 JULY 2006 | |
KUALA LUMPUR: Penganjuran program belia yang tidak bermaya dan kegagalan mengecapi didikan sempurna di rumah dikesan menjadi antara punca utama peningkatan ketara salah laku sosial remaja Malaysia dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini. Selain dua faktor berkenaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis masyarakat turut menyifatkan pembangunan infrastruktur dan pertumbuhan pesat pusat hiburan di seluruh negara juga menjadi antara penyumbang gejala sosial di kalangan belia negara ini berbanding 10 tahun lalu. Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Tajudin Ahmad (gambar), berkata kebanyakan belia yang terbabit dengan gejala sosial termasuk lumba haram, keluar lewat malam, hisap rokok dan gangsterisme adalah dikalangan mereka yang tidak berpersatuan. “Kajian mendapati rata-rata belia bermasalah adalah golongan yang langsung tidak menyertai mana-mana pertubuhan, kegiatan sukan mahupun program riadah,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini semalam. ©The New Straits Times Press (M) Berhad |
:: BANTUAN KEEWANGAN / MODAL PERNIAGAAN ::
RM50 juta bantuan pinjaman belia niaga | ![]() | ![]() | ![]() |
SATURDAY, 31 MAY 2008 | |
JERANTUT 29 Mei - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukkan sebanyak RM50 juta pada tahun ini menerusi Tabung Pinjaman Ekonomi Belia untuk meningkatkan penyertaan belia dalam bidang perniagaan di seluruh negara. Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan, Mohd. Azizan Che Omar berkata, bagi menjayakan matlamat tersebut, kerajaan telah memudahkan prosedur dengan mengurangkan kerenah birokrasi yang selama ini dilihat menjadi halangan kepada belia. Melalui pinjaman tersebut, katanya, belia tidak perlu menyediakan penjamin bagi pinjaman RM15,000 ke bawah sebaliknya mereka hanya perlu mengemukakan permohonan dengan surat sokongan dan pendaftaran perniagaan. ''Bagi pinjaman RM15,000 hingga RM50,000 pula, mereka hanya perlu mengemukakan seorang penjamin yang berpendapatan RM800 sebulan," katanya ketika menutup Program Ekspedisi Kuala Tahan anjuran Gerakan Belia 4B Indera Mahkota di Kuala Tahan dekat sini kelmarin. Mohd. Azizan memberitahu, peminjam tidak perlu lagi menjalani ujian minda atau prosedur lain tetapi hanya perlu menjalani kursus singkat perniagaan anjuran kementerian terbabit. Katanya, pinjaman mudah yang disediakan kementerian itu bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan selain melahirkan belia berkemahiran serta berkualiti bagi memenuhi pasaran pekerjaan di seluruh negara. Sehingga kini, menurut Mohd. Azizan, sebanyak RM10.5 juta pinjaman diluluskan kepada belia yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan. Sehubungan itu, beliau menggesa belia lepasan sekolah yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran dan menganggur supaya memohon pinjaman itu bagi memajukan diri dalam perniagaan. ''Peluang keemasan yang disediakan kerajaan itu tidak seharusnya dipersia-siakan kerana kementerian mempunyai perancangan untuk membantu mereka menjadi usahawan yang berjaya dan mendapatkan pendapatan lumayan," katanya. Mohd. Azizan yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bera berkata, pinjaman itu terbuka kepada semua golongan tanpa mengira kaum. |
:: KOMEN DAN PENDAPAT ANDA ::
KERJAYA@ BELIA
XTVT SETEMPAT
:: MASA ITU EMAS

Labels
- CHATT BOX (2)
- FREE MUSIC PLAYER (1)
- ISU SEMASA (1)
- keratan akhbar (1)
- keratan akhbar 1 (1)
- MASALAH BELIA (1)
- MP3 PLAYER (1)
- MP3 SONG (1)
- youthsays.com (1)
:: VISITOR ::
:: FOLLOWER ::
ONLINE NEWS
LINK PENDIDIKKAN
- University of Technical Malaysia Melaka (UTeM).
- University of Malaysia Terengganu (UMT).
- University of Malaysia Pahang (UMP).
- University of Malaya (UM).
- University of Malasia Perlis (UniMAP).
- Universiti Utara Malaysia (UUM).
- Universiti Teknologi MARA (UiTM).
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
- Universiti Putra Malaysia (UPM).
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
- Universiti Malaysia Sabah (UMS).
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
- Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) .
- Tun Hussein Onn University of Malaysia (UTHM) .
- Science University of Malaysia (USM).
- National University of Malaysia (UKM).
- Islamic Science University of Malaysia (USIM).
- International Islamic University Malaysia (IIUM).
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
- :: KEM.PENG.TINGGI MALAYSIA
LINK POLITEKNIK
- POLITEKNIK MUKAH
- POLIMUADZAM - PAHANG
- POLIPERLIS
- POLI SULTAN IDRIS SHAH
- POLI KULIM - KEDAH
- POLI SULTAN AZLAN SHAH - PERAK
- POLI MERLIMAU - MELAKA
- POLI. SULTAN MIZAN ( TERENGGANU )
- POLI KOTA - K.TERENGGANU
- POLI. KOTA MELAKA
- POLI. SEBERANG PERAI
- POLITEKNIK JOHOR BHARU
- POLI.SHAH ALAM
- POLITEKNIK KOTA KINABALU
- POLITEKNIK PORT DICKSON
- POLITEKNIK KUCHING, SARAWAK
- POLITEKNIK KOTA BHARU
- POLIMAS KEDAH
- POLITEKNIK SHAS ( PAHANG )
- POLITEKNIK UNGKU OMAR ( PERAK )
LINK KEMENTERIAN DI MALAYSIA
- JABATAN PERDANA MENTERI
- BADAN PENCEGAH RASUAH ( BPR )
- KEM WILAYAH PERSEKUTUAN
- KEM TENAGA AIR DAN KOMUNIKASI
- KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
- KEM SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
- KEM SAINS DAN TEKNOLOGI
- KEMENTERIAN PERLADANGAN
- KEMENTERIAN PERUMAHAN
- JABATAN HAIWAN
- JABATAN PERIKANAN
- JABATAN PERTANIAN
- KEM.PERTANIAN DAN IND ASA TANI
- RISDA
- PERDA
- KETENGAH
- KESEDAR
- KEMAS
- KEJORA
- KEDA
- INFRA
- FELCRA
- KEMENTERIAN PERLANCONGAN
- SURUHANJAYA SEKURITI
- LEMBAGA HASIL - LHDN
- BNM - BANK NEGARA
- KEMENTERIAN KEEWANGAN
- KEMENTERIAN KESIHATAN
- ARKIB NEGARA
- KEKWA
- AADK -ANTI DADAH
- CIDB
- JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN
- JAB. PENDAFTARAN NEGARA
- KEM.BELIA DAN SUKAN
- JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
- BIRO TATANEGARA ( BTN )
- BIRO PENGADUAN AWAM
- BIRO BANTUAN GUAMAN