10:19 PTG | Posted in


REMPIT atau dahulunya dikenali sebagai mat motor adalah satu masalah yang sudah lama berlaku di negara kita. masalah ini bukan sahaja berlaku dikalangan belia yang tinggal dibandar malah juga keatas belia yang tinggal didesa mahupun felda.

Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini. 

adakah pihak penguatkuasa?
adakah ibubapa patut dipersalahkan?
adakah remaja itu sendiri patut dipersalahkan?
adakah pihak kerajaan yang patut dipersalahkan?

KISAH MAT REMPIT YANG TELAH DIFILEMKAN 







Mungkin kerana terlalu diagungkan dan diperhebahkan maka budaya MAT REMPIT ini menjadi satu kebanggaan bagi golongan belia.

ramai yang menyalahkan  golongan belia ini tanpa memahami permasalahan sebenar mereka.

isu ini akan dikupas pada minggu hadapan.
sekiranya anda ada cadangan atau pandangan,
sila emailkan ke infobelia@ymail.com







Category:
��

Comments

:: BANTUAN KEEWANGAN / MODAL PERNIAGAAN ::

BELIA NIAGA
...............................................................................................................
RM50 juta bantuan pinjaman belia niagaPDFCetakE-mail
SATURDAY, 31 MAY 2008

JERANTUT 29 Mei - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukkan sebanyak RM50 juta pada tahun ini menerusi Tabung Pinjaman Ekonomi Belia untuk meningkatkan penyertaan belia dalam bidang perniagaan di seluruh negara.

 

Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan, Mohd. Azizan Che Omar berkata, bagi menjayakan matlamat tersebut, kerajaan telah memudahkan prosedur dengan mengurangkan kerenah birokrasi yang selama ini dilihat menjadi halangan kepada belia.

Melalui pinjaman tersebut, katanya, belia tidak perlu menyediakan penjamin bagi pinjaman RM15,000 ke bawah sebaliknya mereka hanya perlu mengemukakan permohonan dengan surat sokongan dan pendaftaran perniagaan.

 

''Bagi pinjaman RM15,000 hingga RM50,000 pula, mereka hanya perlu mengemukakan seorang penjamin yang berpendapatan RM800 sebulan," katanya ketika menutup Program Ekspedisi Kuala Tahan anjuran Gerakan Belia 4B Indera Mahkota di Kuala Tahan dekat sini kelmarin.

 

Mohd. Azizan memberitahu, peminjam tidak perlu lagi menjalani ujian minda atau prosedur lain tetapi hanya perlu menjalani kursus singkat perniagaan anjuran kementerian terbabit.

 

Katanya, pinjaman mudah yang disediakan kementerian itu bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan selain melahirkan belia berkemahiran serta berkualiti bagi memenuhi pasaran pekerjaan di seluruh negara.

 

Sehingga kini, menurut Mohd. Azizan, sebanyak RM10.5 juta pinjaman diluluskan kepada belia yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan.

 

Sehubungan itu, beliau menggesa belia lepasan sekolah yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran dan menganggur supaya memohon pinjaman itu bagi memajukan diri dalam perniagaan.

 

''Peluang keemasan yang disediakan kerajaan itu tidak seharusnya dipersia-siakan kerana kementerian mempunyai perancangan untuk membantu mereka menjadi usahawan yang berjaya dan mendapatkan pendapatan lumayan," katanya.

 

Mohd. Azizan yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bera berkata, pinjaman itu terbuka kepada semua golongan tanpa mengira kaum.



BANTUAN KEEWANGAN
..............................................................................................................

:: KOMEN DAN PENDAPAT ANDA ::