PENGUNDI MUDA YANG MASIH BELUM BERDAFTAR
Petikan dari Utusan Malaysia 21 April 2007:
80% Melayu tak daftar -- Malas dan terlalu sibuk antara alasan mereka - SPR
Oleh: ZULKIFLI JALIL dan SAIFULIZAM MOHAMAD
KUALA LUMPUR 21 April - Sebanyak 80 peratus daripada 4.9 juta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi adalah orang Melayu.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, berbanding orang Melayu, kaum lain mempunyai kesedaran yang cukup tinggi untuk menjadi pengundi sebaik sahaja mencapai usia 21 tahun.
Menurutnya, antara alasan mereka enggan berbuat demikian kerana tidak berminat dengan urusan politik negara, malas, terlalu sibuk dan tidak tahu di mana tempat pendaftaran boleh dibuat.
"Kita perlu mengambil bahagian dalam urusan politik negara, tidak semestinya menjadi ahli parti.
"Daftarlah sebagai pengundi kerana undi itulah yang akan menentukan golongan mana yang mentadbir negara dan kalau tersalah pilih, kita yang akan merana," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.
Sebelum ini, beliau mendedahkan seramai 4.9 juta rakyat Malaysia akan menghadapi risiko tidak boleh mengundi pada pilihan raya umum ke-12 akan datang jika mereka tidak mendaftar selewat-lewatnya Ogos ini.
Ab. Rashid berkata, pelbagai cara dan promosi telah diusahakan oleh SPR.
"Yang peliknya mereka tidak tahu di mana hendak mendaftar tetapi tahu pula lokasi persembahan artis-artis, malah ada yang sanggup tunggu berjam-jam," katanya.
Beliau bagaimanapun memuji tanggungjawab serta komitmen golongan muda kaum Cina yang akan mendaftar sebagai pemilih selepas mencapai umur yang dibenarkan.
Ab. Rashid mengakui kesedaran tentang hak mengundi di negara ini masih rendah berbanding masyarakat Barat.
"Jika kita membaca akhbar setiap hari, laporan muka depan itu biasanya adalah urusan politik.
"Mustahil mereka ini tidak membaca akhbar langsung sebab bila kita baca akhbar, tentulah kita akan berasa terpanggil untuk memberi buah fikiran," katanya.
Beliau menggelarkan mereka yang masih berdegil ini sebagai golongan tidak kisah dan hanya tahu duduk dalam 'kepompongnya' sendiri.
.........................................
Berdasarkan artikal diatas, ianya satu tamparan buat kita. Adakah sbb hiburan kita alpa utk mendaftar sebagai pengundi yg mana merupakan sebuah nadi dlm mencorakkan kemajuan negara? Tak salah utk berhibur tetapi dlm masa yg sama, kita perlu mengambil tahu hal2 lain terutamanya bab politik dan isu semasa. Kalau tak, relevanlah perumpamaan yg mengatakan kalau Malaysia kene bom pun tak tahu.
Alasan yg mengatakan tidak berminat utk masuk dan politik adalah alasan yg crap semata2. FIKIRKANLAH, takkan nak corakkan masa depan negara pun tak berminat. Mengundi bukannya elemen dalam politik tetapi lebih kepada Nasionalisme dan patriotisme sebagai anak Malaysia. Politik berlaku jika kita masuk dan join parti2 yg bertanding dlm pilihanraya. SPR tak kata suruh masuk UMNO atau PAS tetapi suruh mendaftar sebagai pengundi sahaja. Mengundi adalah hak kita sebagai anak Malaysia. Kita yg berhak memilih pemimpin utk terus memajukan negara. Kita jugalah yg patut bangga jika pemimpin yg kita pilih berjaya menjalankan tugasnya dgn baik dan kita juga perlu bertanggungjawab sekiranya pemimpin yg kita pilih hanya sekadar memegang jawatan dan nama sahaja.
NASIHAT KAMI DARI INFO BELIA,
kepada BELIA yg berumur 21 tahun ke atas dan belum mendaftar sebagai pengundi berdaftar, sila berbuat demikian. Banyak cara boleh dilakukan tetapi yg paling mudah ialah di pejabat pos. Berdaftarlah dgn kadar segera kerana pilihanraya umum yg akan datang akan muncul bila2 masa sahaja. Jgn take for granted isu ini. Kalau kita boleh concern psl benda lain, apa salahnya kita concern kepada benda yg melibatkan maruah kita. Jalankan tanggungjawab anda sebagai rakyat MALAYSIA!
Sokongan Pengundi Muda Antara Faktor Kemenangan PAS Di Kelantan klik untuk lihat |
Pastikan pengundi muda terus sokong BN - Hishamuddinklik untuk lihat |